Erm,, entah mengapa, sejak akhir-akhir ini, fikiran saya terbelenggu,terganggu dan sering mudah tersentuh dengan suasana persekitaran.. semenjak berpindah ke tempat baru, bermacam-macam mehnah yang terpaksa saya lalui. ditambah pula, , semakin susah untuk saya menyesuaikan diri dgn suasana dan keadaan di sekitar tempat ni. kalau nak diikutkan lokasi dan suasana, memanglah amat menyenangkan, ditambah pula terdapat pelbagai kemudahan seperti swimming pool, gymnasium dan gelanggang skuasy.. tapi, walaupun dihidangkan dengan kemudahan sebegitu, saya rasakan hati saya sentiasa tidak tenang, tidak selesa dan sering gundah gulana.. amat menyedihkan, tidak ada surau di sini. saya tertanya-tanya, dimanakah tempatnya untuk saya menceduk tarbiah dan peringatan untuk diri saya yang semakin lemah dibuai arus dunia.. ya, sejak akhir2 ini, saya akui, semakin leka, semakin terasa semakin terlupa tentang tanggungjawab yang terpaksa saya pikul selama ini..
Semakin jari dan mata liar melayari internet dan membaca artikel-artikel islam telah membuatkan saya semakin dengki,, ya semakin dengki dengan golongan2 yang mempunyai usrah sendiri di tempat pengajian mereka. Semakin saya membacanya, semakin sayu rasa hati, melihat suasana usrah yang begitu mesra dan erat dan mereka sama-sama memikul tanggungjawab sebagai daie yang berusaha untuk menegakkan syiar agama Allah..tapi saya disini hanya mampu menanam impian yang tinggi melangit, impian yang belum pasti dapat saya kecapi.. terkadang, saya sendirian meratapi nasib usrah yang saya cuba bina di antara rakan2 saya, terasa sayu sekali kerana dengan berbekalkan ilmu pengetahuan yang terhad, saya tidak dapat memimpin mereka dengan sempurna. amat menyedihkan dengan suasana kediaman kami yang semakin jauh dengan surau,tambahan pula,kami smua tidak mempunyai kemudahan pengangkutan.. amat besar cabaran bagi saya untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam usrah yang sedang kami bina. besar sungguh cabaran dan dugaan yang Allah kurniakan kepada saya.. namun cukuplah ALLAH pada saya, sebagai tempat untuk saya mengadu, sebagai teman untuk saya dekati, namun dalam keadaan begini, saya masih lagi meraba2 arah dan hala tuju, mengharapkan sokongan daripada orang-orang yang mampu memberi semangat kepada saya, yang mampu membimbing saya untuk terus mengecapi CintaNYA, mendekati syurgaNya dan merasai Nikmat SyurgaNya.. Namun, saya masih tercari-cari, dan terus mencari sehingga terkadang saya sendiri tertewas dalam pencarian itu sendiri..
oleh hal yang sedemikian, saya sering berusaha untuk melindungi perasaan yang bermain dan bersarang di dalam kepala saya, terkadang saya cuba untuk melupakan cabaran dan dugaan yang terpaksa saya tempuhi, namun semakin saya berusaha, semakin padah jadinya.. saya cuba untuk menceriakan diri saya, namun pada batinnya, hanya ALLAH SWT yang tahu.. teringat akan pesanan sms daripada sahabat yang saya kasihi yang berada di IN-PAL,Rong Chenak, Pasir Mas yang tertulis “Alihkan matamu kelaut membiru, airnya tenang, namun hanya ALLAH SWT yang mengetahui rahsia di dalamnya, begitulah dengan hidup manusia,suka,duka hilai dan tawa,namun pada hakikatnya,Hanya ALLAH SWT yang tahu rahsia dan perasaan dalam dirinya..” hakikatnya, begitulah seperti diri saya.. namun walaupun byk mana cabaran dan dugaan yang terpaksa saya tempuhi untuk mengukuhkan & menguatkan usrah yang sedang dibina, saya seharusnya akur dan terima segala ketentuan qada & Qadar ALLAH SWT kerana setiap apa yang dirancangkan olehnya, tidaklah sia-sia..
3 komen
RSS Komentar URI Pengenal Pasti Jejak Balik
Tinggalkan komen

Assalammualaikum Tuan.
Syabas dan Tahniah kerana punya keinginan menerus usaha da’wah dalam suasana yang susah.
Tuan,yakinlah,ke mana jua diri tuan diletakkan TUHAN,pasti dengan alasan yang kukuh.
Usah putus asa tanpa usaha. Andai terasa gagal usaha,itu bukan kemampuan kita.
Usah diharap kepada manusia. Jika Tuan berasa kosong disebabkan kurang ilmunya.Pohonlah kepada ALLAH SWT selepas tuan BERUSAHA!
Ringankan kaki menuju Majlis-Majlis Ilmu.Mendengar ajaran dan pesanan ulama sebagai pembersihan jiwa.
INSYAALLAH,Bertemu di taman-taman syurga,usah berasa sendiri. INGAT SENTIASA BAHAWA ALLAH SWT SENTIASA DI SISI tuan!.
Jalan Bahagia,memeng sukar dicari.
Jemput ziarah almukminun.blogspot.com/ untuk jadual pengajian ilmu.
INSYAALLAH,berjumpa kita saudara seaqidah di sana…
salam ziarah;)
assalamualaikum…
ana selalu nak buat usrah tp member x ramai yg support.
ramai yg menilai ana ini tak berkemampuan.
tp alhamdulillah ada yg dpt menerima ana dlm penyampaian kitab usuluddin.