Salam Kembali

Erm..rupa2nya sudah lama blog ini tidak dijenguk..mungkin ada yang tertanya-tanya, kemana perginya owner blog ni..sbenarnya,sejak akhir2 ini,aku jarang berhadapan dgn laptop ditambah pula,laptop milik kekal aku telah diberikan kepada orang yang lebih memerlukan iaitu kakak aku sendiri..erm.. di kesempatan masa yang terluang ni, aku sbenarnya pun tak tahu apa yang aku nk buat.. so,based on this reason,aku rasa the most best way for me to realease tension is by do some writting activity like this memandangkan sudah lama aku tidak mengepos sbrang artikel..

Huh,pejam celik,pejam celik, rupa-rupanya coursebreak selama seminggu telah berlalu,, ALHAMDULILLAH, dgn kurnia dan rahmat Allah SWT,, aku masih diberi nikmat dan peluang untuk terus hidup selaku hambanya yang tidak lari dari pelbagai ujian dan dugaan. Teringat aku akan kenangan-kenangan sewaktu course break lalu,hrmm,trkadang aku merasakan tempoh seminggu coursebreak tidak memadai memandangkan this is my first course break.. terkadang rasa cemburu,dengki dan iri hati pun ada bila tengok kawan2 satu skolah dulu yang sedang asyik menghayati cuti,sesetengahnya ada yang sampai 3 bulan.. tapi,maybe ada hikmah di sebalik percaturan ALLAH SWT ni.. terkadang aku terfikir jugak, kalau lah aku diberi cuti yg panjang, mungkin naik boring jugak kalau duk kat rumah lama2,tapi terkadang aku pun fikir, kalau sekejap,rasa mcm x cukup plak.. tapi ni la realiti manusia, sentiasa tak berpuas hati dgn apa yang dimiliki walhal apa yang diberi oleh ALLAH SWT kpd kita adalah yang terbaik untuk kita..

hari ni,bila dihitung balik,sudah seminggu aku berada di Subang slepas balik dari coursebreak, entah kenapa,aku rasakan bahang negeri tempat tumpah darahku masih terasa. teringat juga time balik haritu,bila sampai je bas kat kawasan kelantan,tiba-tiba saja aku rasa keletihan sbgai musafir terus lenyap, memandang suasana negeri kelantan yang sememangnya berbeza jika dibandingkan dengan tempat yang aku tinggal sekarang. Entahla kenapa terasa begitu,mungkin kerana ciri2 keislaman masih menebal di negeri kelantan ditambah pula kelantan dianggap sbg sbuah negeri yng pure ISLAM.masih teringat aku tanggal 31mei2008,bila melangkahnya kaki memijak bumi kelantan,aku disambut oleh kedua orang tuaku yang sedia menunggu di stesen Bas Machang,huh,sungguh mengharukan skali,maklumlah,sudah lama x balik ke kg halaman.

Keletihanku sepanjang perjalan dari kl ke kelantan terus lenyap,,hmm,ajaib sungguh,excited,kagum dan terharu pun ada bila melihat keadaan kelantan yang sememangnya banyak mengalami perubahan.. sepanjang perjalanan dari stesen Bas Machang ke Kemahang,aku sempat meng’usha’ sekitar jalan walaupun gelap gelita dilitupi kegelapan pagi. apa yang meng’excited’kan dan mengkagumkan aku ialah.walaupun gelap diselimuti kegelapan pagi,aku dapat merasakan kedamaian dan ketenteraman spnjang perjalan,ditambah pula dgn keadaan pembangunan yang semakin pesat di sepanjang perjalanan.. melihat rumah-rumah baru yang dibina,bangunan2 dan sebangainya turut menyebabkan aku makin bertambah bangga..namun begitu,yang paling mengharukan,masih ada sesetengah golongan yang menuduh negeri kebanggaan aku tidak semaju negeri-negeri lain.. tergamak mereka memperlakukan dan menuduh sekejam itu, terkadang aku pun pelik memikirkan, dari sudut kemajuan macam mana yang mereka idamkan?? huhh,biarlah mereka yang berkenaan shja yang menjawab persoalan yang timbul ni..namun bagiku,kelantan adalah diantara negeri termaju jika dibandingkan dgn negeri2 maju yang lain..

belum sampai 12jam di kampung, kakakku yang turut berada di rumah yang juga baru pulang dari perak mengajak keluargaku untuk menziarahi saudaraku di Tumpat disamping melihat pemandangan negeri kelantan yang sudah lama tidak dijelajahi. kira-kira jam 12 tengahari,kami berangkat untuk ke Tumpat melalui jalan Rantau Panjang,erm,sama spt kawasan2 lain di kelantan,Rantau Panjang juga turut mengalami revolusi yang mengkagumkan. byk skali bangunan2 baru yang di bina, smakin bertambah rasa banggaku,heheee…

Sepanjang perjalanan,aku dapat merasakan ketenangan… ketenangan bila melihat ramai di antara penduduk-penduduk di kelantan yang bercirikan Islam, yang amat jarang skali dapat dilihat di luar slain kelantan.. bertambah bangga apabila melihat ramai diantara muslimat2 kelantan yang bertudung labuh menepati syariat pemakaian dalam islam, melihat muslimin-muslimin yang bebas mengagunggkan sunnah Rasulullah dgn berkopiah dan berserban.. pelik dan kagum sungguh bila dilihat balik sedangkan masa bergerak selari,tetapi mereka smua tetap berpegang pada Ad-Deen yang sama walhal umat Islam di negeri lain terus hanyut dibawa arus permodenan..

sesampai di Kota Bharu,,Sekali lagi aku dikejutkan dengan suasana yang belum pernah aku tengok sebelum ini.. pembangunan, kemajuan dan yang palin penting skali Akhlak yang berteraskan Islam..sepanjang penjejalahan di negeri sendiri, aku melihat hampir kesemua papan2 iklan, MasyaALLAH,sungguh menggagumkan,tidak ada sehelai rambut muslimat dipaparkan,tidak ada sebarang gambar2 yang melalaikan..erm mungkin inilah berkat kepimpinan di bawah ulama’.. dan bila diimbas kembali,kebanyakan warga kelantan yang berada di kota bharu pada ketika itu seolah-olah tidak terbuai dgn aliran sekularisme dan westernisme.rata-rata daripada mereka tidak mengagungkan budaya barat sepertimana yang berlaku di sekitar KL dan negeri-negeri membangun yang lain..erm… jika nk diceritakan smuanya,rasanya amat sukar skali, namun bagi yang x percaya, eloklah kalian sendiri melungkan masa dgn bercuti ke negeri kelantan.. sememangnya indah RUPA dari KHABAR!!

Sesudah sehari menjelajah Negeri Kelantan,Tanggal 1jun2008,Erm,hari yang dinanti-nantikan.. Hari di mana aku akn bertemu dgn Ustaz-Ustaz dan sahabat-sahabat seperjuangan di Institut Pendidikan Tahfiz Al-Balaghulmubbin Di Rong Chenak Pasir Mas Kelantan.. Erm, lama betul tidak bersua muka dengan mereka.. teringat waktu time mula-mula aku melangkahkan kaki ke Ma’had tersebut. melihat air muka para Ustaz-ustaz yang telah bergelar Al-Hafiz,Hafiz-Hafiz  dan sahabat-sahabat yang bakal bergelar Al-Hafiz yang byk memberi kesan yang mendalam ke atas diri aku lantaran aku masih lagi berada dalam zon kejahilan ketika itu..Alhamdulillah,lebih kurang pukul 6petang, kakiku melangkah kembali ke Ma’had tersebut, perasaanku bercampur baur takhkala melangkahkan kaki kesana, malu, segan dan gembira menyelubungi diri..erm mungkin agak lama aku tidak bersua muka..

Seminggu aku disana,aku rasakan amat beruntung sekali kerana dapat menggunakan seminggu masa cuti untuk bersama ustaz-ustaz dan sahabat-sahabat yang telah byk memberi dorongan dan nasihat dikala aku mempunyai masalah antaranya Ustaz Zul,Ustaz Rosdi,Ustaz Din dan ustaz2 lain yang boleh dikatakan amat ‘versatile’ dalam mendidik pelajar-pelajar yang melebihi 100 orang supaya menjadi masyarakat yang berguna untuk agama khususnya.. Tak lupa juga kepada sahabat-sahabat yang  banyak memberi dorongan antaranya Zahir,Azri,muiz,shakir, dan ramai lagi(Terlalu ramai untuk disebut).

 

Dikala asyik mengahyati nikmat anugerah tuhan berada di Rong Chenak,sedar dan tidak,rupa-rupanya hari berlalu begitu cepat,tanggal 6jun2008,aku terpaksa pulang kembali ke kemahang untuk untuk menghabiskan baki cuti selama 2 hari setengah untuk meluangkan masa di kampung bersama kedua orang tuaku dan orang-orang kampung yang aku kenali.. Sebelah malamnya,aku tidak melepaskan peluang untuk berbual-bual dan bertegur sapa dengan shbt2 ayah di masjid sementara menunggu seruan Isyak.. Erm, begitu seronok skali mendapat peluang sebegitu, melihat kecerian di wajah mereka bila apabila menceritakan tentang harga buah sawit yang sedang meningkat di pasaran..Lantaran nikmat yang  diberikan Ilahi kepada mereka,wajah kecerian penuh kesyukuran dapat dilihat,Alhamdulillah di Atas nikmat kurnian Rezeki.. terasa seperti usaha mereka berbudi kepada tanah membuahkan hasil..

8jun2008, aku sempat menemani ayahku keladang, meninjau-ninjau keadaan ladang sambil mengutip buah2 relai untuk dijual..erm,amat mengejutkan sekali apabila satu guni buah relai yang dikutip mencecah harga RM19, betul-betul rezeki aku pada hari itu.Lebih kurang pukul 2petang aku pulang kerumah,erm,inilah waktu aku betul2 menggunakan cuti untuk rehat sepenuhnya,,hehehe..

Sedar tidak sedar,petang tu dalam keadaan terpaksa,aku terpaksa mengemas untuk ke Subang.Terasa berat hati untuk bertolak ke Subang,namun apakan daya, sebagai seorang hamba ALLAH SWT,selaku umat Nabi Muhammad SAW,sebagai seorang anak,sebgai seorang rakyat,sebagai seorang pelajar dan sebai apa-apa lagilah, aku seharusnya menuntut ilmu, bersesuaian sekali dgn hadis nabi walaupun dinobatkan sbg hadis Dhoif ‘Menuntutlah ilmu sehingga ke negeri China’..

 

No Comments Yet

Tiada komen.

RSS Komentar URI Pengenal Pasti Jejak Balik

Tinggalkan komen