Hijrah Ini….

Hijrah ini…..telah masuk tahun yang pertama, Alhamdulillah. Masih teingat dan terbayang-bayang memori sewaktu diri mula terpanggil untuk melangkahkan kaki ke tempat yang begitu tidak pernah ku sangka akan ku mengahbiskan masa sementara menunggu result SPM 2006..Tanggal 27 zulhijjah 1427H (3 Hari Sebelum Maal Hijrah) bersamaan 17Januari 2007.. Sememangnya telah tertulis dalam kitab perjalananku di Luh Mahfuz,akan tarikh yang banyak mengubah hidupku ini,ALHAMDULILLAH,Syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH SWT.. Mungkin akan ku cuba menggarap dan mencoret jika tidak banyak , sedikit rasa yang terbuku di hati dengan izin NYA.
Aku di pilih dan juga kemudian memilih, mungkin, aku berharap dan berdoa dan itu adalah sekecil-kecil usaha yang aku lakukan dan alhamdulillah di kurniakan dan di makbulkan oleh NYA segala doa ku, sepenuh pujian dan kesyukuran aku panjatkan kepadaNYA.

Ambillah sekecil-kecil langkah wahai sahabat yang aku amat sayangi, biarpun hanya detikan di hati MU, walaupun hanya suara hati mu yang berkata-kata… kerana sesunguhnya Allah Maha Mendengar, As-Sami’ maka pohonlah,pohonlah hanya kepada NYA dalam setiap sesuatu yang engkau ingini kerana hanya Dia bisa memakbulkan keinginan mu. Aku percaya biar hanya niat, Allah akan melorongkan mu kepada NYA, niatkan lah hati mu untu mencari NYA, kebenaran yang di mana sekarang ini ia kian pudar, melihat manusia kian bebas dan mengabaikan akhiratnya membuatkan aku takut, kerana dunia ini hanyalah sementara, percayalah penyesalan yang di rasakan terhadap dosa-dosa yang di lakukan adalah suatu perasaan yang amat berat, amat butuh aku akan keampunan NYA, namun jika engkau telah banyak melakukan dosa jangan di jadikan itu sebagai penghalang mu wahai sahabtku kerana ketahuilah Allah itu maha Luas ampunanNYA, tetapkan itu di hati mu walau di mana dan apa jua yang engkau telah dan sedang lakukan kerana hakikat itu benar, itu janjiNYA, mengampunkan hamba-hambaNYA yang memohon ampunannya dengan taubat nasuha, itulah At-Tawwab.

Indah,sungguh indah apabila perasaan itu telah meresapi hati setiap insan,tiadalah duka dan lara kerana semua yang berlaku telah di yakini oleh hati yang tunduk pada NYA adalah yang terbaik dan setiap air mata, mahupun jari yang tertusuk duri bisa di nilai dan di beri perkiraan oleh NYA kerana dia maha Adil dan tidak pernah mensia-siakan mu. TIdak pernah sekali DIA meninggalkan mu walau sekejap, apalah kiranya hak seorang hamba membelakangi segala suruhan dan meperlekehkan kasih sayang NYA? sungguh, hinalah diri sekiranya aku lupa akan hakikat kehambaan ini,dan Dia adalah sebaik-baik Tuan dan azam ku ingin menjadi hamba yang sebaik mungkin.

Lepaskanlah masa silammu, jadikan ianya sebagai pengajaran dan sumber air mata mu yang mengharapkan keampunannya di malam hari ketika seluruh alam menyepi mendengar rintihan hamba-hambaNYA yang beriman dan bertaqwa. Binalah hidup baru wahai diri, kerana Allah itu Maha Pengampun dan Maha Memahami.

Sentiasalah diri tawadhu’ kerana seluruh alam bertasbih memuji kebesaran NYA maka apakah hak hamba yang hina ini melanggar arus dan orbit yang telah di tetapkan? tiada yang lebih berkuasa selain daripadaNYA, raikanlah kebesaranNYA wahai sahabat ku kerana itulah nikmat yang di kurniakan oleh NYA kepada kita, kembaralah ke serata pelusuk dunia agar bisa engkau mengerti erti kebesaran yang Maha Esa.

Jadikanlah orang yang engkau sayangi di sekeliling mu sebagai penghubung cinta mu kepada NYA kerana itulah nikmat kurniaan NYA pada hamba-hambaNYA untuk mengingatkan setiap diri akan sifatnya Yang Maha Penyayang dan Pengasih. Ibu dan bapa mu mendidik dan menyayangi mu sepenuh jiwa dan raga, pernahkah engkau fikirkan betapa besarnya pula kasih sayang Allah pada mu? tidak keruan jiwa memikirkan kebesaran rahmat dan kasih NYA pada diri ini yang hakikatnya hanyalah seorang hamba….

Dan dia… kekasihNYA, ya Rasulullah s.a.w. jangan di lupai segala pengorbananya dan kasih sayang nya pada kita selaku umat baginda.perilaku, budi pekerti yang mulia bisa mencairkan dan membuatkan setiap hati jatuh cinta pada insan yang bernama Muhammad, utusan Allah. Moga kita semua bisa di kumpulkan dalam umat baginda s.a.w,ameen.

Institut Pendidikan Tahfiz Al-Balaghulmubin,Rong Chenok, Pasir Mas KELANTAN

(Masjid Brunei,Institut Pendidikan Tahfiz Al-Balaghulmubin,Rong Chenak Pasir Mas KELANTAN)

Sahabatku, mungkin banyak kiranya ingin aku coretkan namun masa tidak mengizinkan, rindu benar dengan Institut Pendidikan Tahfiz Al-Balaghulmubin,Rong Chenok Pasir Mas,Kelantan dan para penghuni nya yang menghidupkan Ma’had itu, betapa hati ini mula mengerti erti kehambaan di ketika itu… sesunguhnya Engkaulah Yang maha Besar yang mengurniakan mereka kepadaku agar bisa diri melihat kebesaranmu dan kasih sayang Mu, segala puji bagi MU kerana telah mengalihkan hijab di hati ini, sungguh hanya aku damba kan cinta MU, moga aku bisa menggapai cinta MU.ameen.

Muhammad Hilmi Bin Zolkifli

Trainee Aircraft Maintenance Enggineer

Malaysia Airlines Engineering Training Centre

3 komen

  1. salam tahniah sbb dpt wt lman web yg berunsur Islam cmni…mempunyai cte2 yg berfaedah n video2 nasyid…bgus2..sm2 la kta berdkwah n teruskan perjuangan Rasulullah yg kta sayangi…insyaALLAH…mudah2an berjaya…ameen..

  2. Assalammuaalaikum…
    Nak tanya mcm mana nak masuk Institut Pendidikan Tahfiz al-Balaghulmubin.? Umur brp je boleh masuk sana?? Semua pelajar lelaki ke?? Mcm mana dgn pelajaran yg diajar kat sana???Boleh terangkan…..thanx…

  3. kalau nk masuk,, kena pegi dulu kt tempat ni jumpa mudir kat sana.. then akan ada satu sesi temuduga sikit.. smua lelaki.. kat sana ada blajar kitab2 dan menghafal Al-Quran..


RSS Komentar URI Pengenal Pasti Jejak Balik

Tinggalkan komen