
Allahuakbar,berbalik pada post yang lepas, aku pun x tahu kenapa aku rasa begitu. Seolah-olah keadaan seorang bayi yang menangis yang aku sendiri belum tahu apakah punca tangisannya? aku menggali,aku mengkaji, Ya ALLAH, dulu keadaan ini pernah terjadi pada diri aku, aku seolah-olah mahu mengenali diriku sendiri, mengenali kenapa aku begitu, kenapa aku begini.
setelah sekian lama, kegalauanku tetap belum reda,lebih parah dari sebelumnya,perangai semakin mengggila-gila…-”i’m totally lost”- aku berhasrat berkongsi ketenatan diriku dengan sahabat yang memahami,mudah-mudahan,ringanlah sedikit beban yang sedang dipikul, ternyata ini bukanlah sesuatu yang sangat mudah difahami kerana apa yang aku rasa, berbeza dari apa yang mereka rasa.kesudahannya,aku melupakan hasrat tersebut dan memendam sendiri.
tup tap,tup tap, minggu seterusnya,kelas ditakdirkan pada waktu pagi.erm,aku teringat kuliah yang pernah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zul Melaka, campur tangan ALLAH x mengira masa. Mungkin inilah campur tangan dari Allah, mentakdirkan kelas pagi selama seminggu. Rohaniku sedikit tenang, fikirku, mungkin ALLAH memberi peluang utk aku mengikuti kuliah di masjid utk menghilangkan kegalauan yang melanda hati dan ROHANI.
Hari bertukar ganti, ternyata apa yang aku alami belum pergi sepenuhnya. Kegalauan semakin menjadi-jadi. Ya Tuhan, apa yang bermain di benak hatiku? sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui rahsia dalam diriku.aku berdoa dan memohon,semoga diberi jawapan terhadap apa yang terjadi…
Keresahan dan kegelisahan hati masih belum mengundurkan diri. Dalam keadaan yang hampir berputus asa, aku berhasrat utk berhenti mencari apa yang dikatakan rahsia yang sedang melanda diri.rahsia yang bukan aku cari,tetapi rahsia yang datang sendiri. yang merobek fikiranku mengatakan seolah-olah ada sesuatu yang perlu aku cari dalam diri sendiri.Mencari Fitrah diri sendiri.
Teringat pada satu malam,kerana asyik memikirkan keresahan dan kegalauan yang aku alami,aku bermimpi, mimpi yang sangat pelik,dimana aku sedang berada dalam satu halaqah berkumpulan, aku kurang ingat bagaimana rupa ahli halaqah tersebut. dalam mimpi tersebut, aku dapat rasakan ketenangan.Aku menahan diri dari terjaga kerana asyik dan tenangnya keadaan ketika itu, namun aku x menyangka,lenaku terhenti. aku membuka mata, merenung kembali mimpi yang aku alami. Mungkin ada sesuatu yang ingin Dia tunjukkan.
Dipendekkan cerita, kelas shift pagi tinggal berbaki lagi 3 hari. sahabat sekelas memaklumkan pada aku, surau di tempat kediaman kembali berfungsi, tapi sayangnya, hanya seorang pak cik dan anak kecilnya yang turun berjemaah dan ditemani seorang dua sahabat dari METC. khabar yang aku terima sedikit sebanyak menimbulkan kecerian pada diri aku, entah mengapa, aku seolah-olah ingin sangat bertemu penduduk yang dikatakan memakmurkan surau yang pernah diimarahkan dulu. malam seterusnya, aku membuat keputusan untuk berjemaah di surau daripada ke masjid dengan alasan ingin berkenalan dengan pak cik tersebut.
Selesai berjemaah yang diimani oleh pak cik tu sendiri,kami berkumpul, berkenal-kenalan. tiba-tiba,aku dapat rasakan ada sesuatu yang pelik tiba-tiba menyentap hati dan rohani,’deeja vuu’ barangkali fikirku. namun aku amat berpuas hati pada pertemuan tersebut.Malam seterusnya seperti biasa, selesai solat berjemaah, kami berkumpul(walaupun baru kenal,tetapi tiba-tiba kami menjadi rapat). Dalam nasihat dan motivasi yang diberikan oleh pak cik tersebut, aku tertarik dengan banyak benda. Ketika itu, aku berfikir, Hebatnya ALLAH, mempertemukan kami bersama, mungkin ada sesuatu yang ingin Dia tunjukkan dalam pertemuaan tersebut.
Dalam sedar atau tidak, selepas beberapa kali bertemu, kegalauanku yang pernah aku alami semakin menyusut. Hari seterusnya,aku dan sahabat lain dijemput ke rumah pak cik tersebut, dalam kami bersembang, dalam kami bercerita dan dalam kami mendengar nasihat agama, aku terperasan sesuatu…. Subhanallah, Ya ALLAH, Allahuakbar…biar betul,adakah pak cik ni yang berhalaqah bersama aku dalam mimpi yang aku alami? adakah ini salah satu contah campur tangan ALLAH yang pernah diberitahu oleh ustaz zul dulu? KepadaMu Ya ALLAH aku berserah diri….. Tunjukkilah kami kejalanMu yang benar!!!






























